MP anti-China HK tewas dalam rayuan

MP anti-China HK tewas dalam rayuan

HONG KONG, 30 Nov – Dua ahli perundangan (MP) pro-kemerdekaan Hong Kong tewas dalam rayuan mereka hari ini ter-hadap tegahan yang menghalang mereka daripada menduduki kerusi dalam parlimen ketika Beijing berdepan tuduhan meningkatkan campur tangan dalam politik bandar itu.

Baggio Leung dan Yau Wai-ching, yang dengan sengaja salah membaca angkat sumpah mereka memasukkan kata-kata makian dan membungkus diri dengan bendera “Hong Kong bukan China’ pada upacara mengangkat sumpah Oktober lalu.

Mereka adalah sebahagian daripada pergerakan baru yang menyokong pemisahan sepenuhnya dari Beijing bagi Hong Kong separa autonomi, ketika para pengkempen muda pro demokrasi semakin kecewa dengan ketiadaan reformasi politik.

Beijing membidas dua anggota yang dipilih secara awam dalam ‘interpretasi’ khas tentang perlembagaan bandar itu awal November ini yang secara berkesan menghalang mereka dari menduduki kerusi mereka kerana cara mereka mengangkat sumpah.

Ekoran bantahan Beijing, Mahkamah Tinggi Hong Kong memerintahkan dua ahli perundangan itu seharusnya disingkirkan daripada badan perundangan kerana sumpah mereka tidak sah, dalam kajian kehakiman yang tidak pernah dibuat sebelum ini yang kemukakan oleh pemimpin badan dan setiausaha keadilan.

Baggio Leung (kiri) dan Yau Wai-ching tiba untuk bercakap kepada media di luar Mahkamah Tinggi di Hong Kong pada 30 November. – AFP
Baggio Leung (kiri) dan Yau Wai-ching tiba untuk bercakap kepada media di luar Mahkamah Tinggi di Hong Kong pada 30 November. – AFP

Yau dan Leung telah membuat rayuan, namun tewas dalam pengadilan hari ini yang mengambil kira perintah Beijing ketika pemisahan kuasa di Hong Kong dicurigai dan terus dikritik.

Pengadilan Mahkamah Rayuan merujuk kepada perintah Beijing sebagai memberikan ‘maksud sebenar’ kepada sebahagian perlembagaan yang memerlukan para ahli perundangan mengangkat sumpah yang sedia kepada Hong Kong sebagai rantau pentadbiran khas China.

Pengadilan itu mengatakan tugas mahkamah untuk menggunakan perlembagaan bandar itu yang dikenali sebagai Hukum Asas, mengatasi doktrin pemisahan kuasa dan bukan campur tangan.

Yau dan Baggio pada awalnya telah diberikan peluang kedua untuk mengangkat sumpah oleh presiden badan perundangan, tetapi Beijing bertindak untuk menghalangnya. – AFP