MP Britain beri penghormatan kepada rakan dibunuh

MP Britain beri penghormatan kepada rakan dibunuh

LONDON, 20 Jun (AFP) – Menteri parlimen (MP) Britain bersedia untuk memberi penghormatan terakhir kepada seorang menteri parlimen yang dibunuh dalam satu perpaduan hari ini ketika kempen referendum Eu memasuki peringkat akhirnya dengan kem bersaing berusaha mendapatkan momentum.

Ahli politik akan kembali ke parlimen yang berehat bagi persidangan khas untuk memberi penghormatan kepada Jo Cox, seorang pekempen yang memilih keanggotaan EU dan hak pelarian, dibunuh di sebuah jalan kampung minggu lalu.

Ahli politik kedua-dua belah pihak akan berdebat dalam usaha membentangkan kes mereka kepada pengundi dengan hanya tiga hari kempen berbaki.

“Anda boleh mengubah laluan keseluruhan sejarah Eropah,” tulis pekempen pro-Brexit, Boris Johnson dalam Daily Telegraph menjelang undian pada Khamis.

“Saya harap anda akan mengundi ‘Pergi’ dan mengambil balik kawalan ke atas nasib negara hebat ini,” katanya.

“Peluang ini tidak akan datang lagi dalam hidup kita, dan saya berdoa kita tidak akan terlepas peluang ini.”

Setiausaha Luar Philip Hammond, tiba untuk satu mesyuarat dengan rakan sejawat EU di Luxembourg, memberi amaran satu undian Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah ‘tidak boleh diterbalikkan.’

“Tidak akan ada kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Manakala Perdana Menteri David Cameron semalam menyeru pengundi untuk memilih ‘Kekal’ dalam satu kemunculan televisyen BBC yang hangat yang mana seorang penonton menuduhnya memuaskan ‘kediktatoran’ EU.

“Jika kita meninggalkannya kita berjalan keluar dari pintu, kita berputus asa,” Cameron menggesa. “Saya tidak kira Britain pada akhirnya adalah seorang yang berputus asa. Saya kira kita akan kekal dan berjuang. Itulah yang sepatutnya kita lakukan.”