MPDB pilih ahli sesi 2016-2018

MPDB pilih ahli sesi 2016-2018

Oleh Hajah Saemah Kepli

SERIA, 24 April – Majlis Pengakap Daerah Belait (MPDB), baru-baru ini, telah mengadakan mesyuarat agung tahunannya untuk memilih ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Setempat bagi sesi 2016-2018.

Persatuan Setempat mewakili kepentingan dan aspirasi majlis pengakap di daerah masing-masing dalam Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD).

Mesyuarat yang diadakan di Dewan Pejabat Daerah Seria, di sini, turut dihadiri Presiden PPNBD, Dato Paduka Ar Skip Haji Idris bin Haji Abas dengan diiringi bersama oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Skip Haji Badar bin Haji Ali serta Setiausaha PPNBD, Skip Haji Zainuddin bin Jaafar.

Dalam mesyuarat berkenaan, Skip Haji Awang Damit bin Haji Awang Chuchu diumumkan sebagai Pengerusi Persatuan Setempat, MPDB yang baru, manakala itu jawatan Timbalan Pengerusi disandang oleh Skip Haji Metussin Yusof, Awang Chai Chee Yun dilantik sebagai Bendahari dan Hajah Rogayah binti Haji Tulmih sebagai Setiausaha.

Dato Paduka Ar Skip Haji Idris bergambar ramai bersama ahli-ahli jawatankuasa lainnya serta pemegang jawatan baru MPDB.
Dato Paduka Ar Skip Haji Idris bergambar ramai bersama ahli-ahli jawatankuasa lainnya serta pemegang jawatan baru MPDB.

Pesuruhjaya Daerah, Skip DC Haji Mohd Salleh bin Haji Ahmad dalam ucapan tahniah kepada yang baru dilantik dan menyeru supaya mereka melaksanakan tanggungjawab dengan lebih proaktif bagi meningkatkan lagi keberkesanan pengakap di Daerah Belait.

Terdahulu, agenda mesyuarat dimulakan dengan pembentangan laporan kewangan seterusnya undian pemegang jawatan mengikut garis pandu POR dan Perlembagaan PPNBD yang telah diselaraskan secara teratur oleh ADC Skip Terry D Jayasuriya.

ARTIKEL YANG SAMA