MPK Bukit Beruang hulur sumbangan

MPK Bukit Beruang hulur sumbangan

TUTONG, 16 Julai – Golongan yang memerlukan bantuan di negara ini terus mendapat perhatian terutama menjelang hari lebaran yang sangat dinanti-nantikan.

Majlis Perundingan Kampung (MPK) Bukit Beruang tidak ketinggalan dalam menghulurkan bantuan kepada tiga buah keluarga warga emas.

Menurut imam masjid kampung berkenaan, Awang Moksin bin Haji Mokhtar, penyampaian bantuan berupa catuan makanan harian adalah hasil sumbangan daripada penduduk kampung dan orang-orang persendirian yang diserahkan ke rumah penerima masing-masing.

Penerima pertama ialah Dayang binti Haji Ahad, 70, seorang ibu tunggal yang tinggal bersama dua anaknya disamping menjaga dua orang cucunya dengan salah seorang daripadanya menghidap Talesimia.

Beliau yang hanya menerima bantuan bulanan daripada pihak tertentu kini terpaksa menyewa rumah untuk menjaga anak dan cucunya di Kampung Bukit Beruang.

Rombongan MPK Bukit Beruang bergambar ramai di depan rumah salah seorang penerima sumbangan.
Rombongan MPK Bukit Beruang bergambar ramai di depan rumah salah seorang penerima sumbangan.

p06-2_20150717

Turut menerima bantuan ialah Awang Metali bin Tassim dan isteri, juga di Kampug Bukit Beruang, dan Awang Tuah bin Saman dan isteri di RPN Bukit Beruang.

Para penerima sumbangan ternyata amat terharu dengan usaha MPK berkenaan yang berkesudian berkunjung ke rumah mereka dan menyampaikan sumbangan berkenaan yang setentunya meringankan lagi bebanan dengan kehadiran Hari Raya Aidilfitri.

Majlis penyerahan bantuan amal ini dilaksanakan menerusi kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid RPN Bukit Beruang dan Persatuan Belia-belia Bukit Beruang (Kesuma) dan Biro Wanita Kampung dengan diketuai oleh MPK berkenaan. – Surianti

ARTIKEL YANG SAMA