MPK Bukit Beruang peduli kebajikan penduduk

MPK Bukit Beruang peduli kebajikan penduduk

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Julai – Kesejahteraan serta kebajikan warga kampung sentiasa mendapat perhatian daripada penduduk kampung dan pemedulian dengan memberikan sumbangan amal melalui aktiviti berkebajikan yang dikendalikan oleh majlis perundingan kampung (MPK) bersama badan pertubuhan untuk golongan yang kurang bernasib baik.

Ini dapat dilihat apabila Jawatankuasa MPK Rancangan Perumahan Negara Kampung Bukit Beruang dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru-baru ini menyampaikan sumbangan derma berupa barangan asasi kepada 10 buah keluarga di kampung berkenaan.

Rombongan yang diketuai oleh Awang Moksin bin Haji Moktar mengunjungi rumah-rumah penerima untuk menyampaikan sumbangan tersebut. Rumah pertama yang mereka kunjungi adalah milik seorang warga emas di Kampung Pandoh.

Ia merupakan projek tahunan MPK berkenaan yang diadakan apabila menjelangnya Syawal, bertujuan meningkatkan kesedaran dalam memeduli anak buah kampung selain meningkatkan perpaduan dalam kalangan AJK.

Rombongan berkunjung ke salah sebuah rumah penerima dalam projek kebajikan MPK Bukit Beruang.
Rombongan berkunjung ke salah sebuah rumah penerima dalam projek kebajikan MPK Bukit Beruang.
Salah seorang penerima dalam projek itu yang mengidap penyakit angin ahmar.
Salah seorang penerima dalam projek itu yang mengidap penyakit angin ahmar.

Dengan penglibatan kesemua agensi NGO di Kampung Bukit Beruang, ia akan dapat mengukuhkan lagi kerja berpasukan dalam menjaga kebajikan dan memeduli warga kampung.

Menerusi kunjungan ke rumah-rumah penerima, mereka dapat melihat lebih dekat lagi kehidupan penerima seterusnya memberi peluang kepada untuk meluahkan permasalahan mereka terutama yang kurang sihat dan memerlukan penjagaan.

Seorang pesakit angin ahmar dan dijaga oleh anak-anaknya yang mana salah seorang daripada anaknya itu merupakan seorang pesakit talesimia turut menerima sumbangan tersebut.

Sementara itu, sumbangan turut diberikan kepada salah seorang penerima yang merupakan pesakit kanser hidung dan baru saja balik setelah menerima rawatan di Singapura.

ARTIKEL YANG SAMA