MPK Bukit Panggal jinakkan Bang Dalam FC

MPK Bukit Panggal jinakkan Bang Dalam FC

Oleh Hasrulraizan

 

TUTONG, 28 Sept – Perlawanan antara MPK Bukit Panggal dengan Bang Dalam FC dari Kumpulan A menjadi perlawanan pembuka tirai Liga Persatuan Bola Sepak Amatur Daerah Tutong (TDAFA) yang menyaksikan MPK Bukit Panggal menang 2-0.

Pada perlawanan di Kompleks Sukan Tutong (KST) itu, MPK Bukit Panggal mendahului 1-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Adizam bin Jaluddin pada minit ke-41.

Hanya dua minit selepas rehat, MPK Bukit Panggal sudah 2-0 di depan, kali ini Muhd Amirul Azamry bin Karim pula yang mencatatkan namanya dalam senarai penjaring perlawanan itu.

Ternyata jaringan itu menjadi gol terakhir perlawanan untuk keputusan muktamad 2-0 memihak MPK Bukit Panggal sekali gus memberikannya tiga mata untuk mengemudi Kumpulan A yang turut mengandungi Kelugus FC, Perda FC, Belabau FFT, Kiudang Mungkom FC, Sinar FC dan Bamit FC.

Pasukan MPK Bukit Panggal yang meraih kemenangan 2-0 ke atas Bang Dalam FC dalam perlawanan pembukaan Liga TDAFA 2015.
Pasukan MPK Bukit Panggal yang meraih kemenangan 2-0 ke atas Bang Dalam FC dalam perlawanan pembukaan Liga TDAFA 2015.

ARTIKEL YANG SAMA