MPK Danau adakan Walkaton Kebersihan

MPK Danau adakan Walkaton Kebersihan

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 3 Okt – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Danau, Tutong, kelmarin telah mengadakan Walkaton Kebersihan bersempena Awal Tahun Baru Hijrah 1438 yang dijalankan di sepanjang jalan kawasan Keramut dan Penapar di Kampung Danau.

Turut hadir mengikuti aktiviti walkaton itu ialah Pemangku Ketua Kampung Danau, Haji Abdullah bin Haji Mohd Tahir bersama ahli-ahli Pengawas Kejiranan Kampung Danau, ahli-ahli MPK dan penduduk Kampung Danau serta sekitarnya.

Aktiviti berkenaan bertujuan adalah untuk menggalakkan masyarakat menjaga kebersihan kampung iaitu membersihkan sampah-sampah sepanjang bahu jalan di samping mengadakan aktiviti sihat seperti walkaton.

Selain itu, kegiatan tersebut dapat dijadikan sebagai kegiatan atau aktiviti bermusim MPK Danau serta untuk mengambil sukut Awal Tahun Hijrah 1438.

Warga MPK Danau yang menyertai kegiatan Walkaton Kebersihan bergambar ramai.
Warga MPK Danau yang menyertai kegiatan Walkaton Kebersihan bergambar ramai.

ARTIKEL YANG SAMA