MPK Jerudong sambut Hari Raya

MPK Jerudong sambut Hari Raya

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Azlan Othman

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Jerudong bersama beberapa agensi dan persatuan lain, hari ini, telah mengadakan Majlis Sambutan Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015M di Dewan Ceria Sekolah Rendah Jerudong, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Menurut kenyataan penganjur, majlis itu merupakan kerjasama antara MPK Jerudong dengan Sekolah Rendah Jerudong, Sekolah Ugama Jerudong, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, jawatankuasa

takmir masjid Jerudong, Persatuan G16, Koperasi Buhor Jerudong, Persatuan Gasing Jerudong, Persatuan Nelayan Jerudong dan sukarelawan Persatuan Kedayan Jerudong dan para penduduk kampung.

Yang Berhormat Pehin menyampaikan sumbangan kepada barisan penerima di majlis tersebut.
Yang Berhormat Pehin menyampaikan sumbangan kepada barisan penerima di majlis tersebut.
Barisan tetamu khas di majlis berkenaan.
Barisan tetamu khas di majlis berkenaan.

Terlebih dahulu, majlis dibuka dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat sebelum ucapan pengerusi majlis yang kemudiannya disusuli dengan penyampaian derma oleh tetamu kehormat majlis.

Antara mereka yang menerima sumbangan derma di majlis itu ialah warga emas Kampung Jerudong, anak-anak yatim Sekolah Rendah dan Sekolah Ugama Jerudong, pelajar cemerlang dan bakal haji di kampung berkenaan.

Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan sesi ramah mesra dan ditutup dengan acara bergambar ramai.

ARTIKEL YANG SAMA