MPK Kampung Belimbing raikan Aidilfitri

MPK Kampung Belimbing raikan Aidilfitri

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof serta datin hari ini menghadiri Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilifitri Kampung Belimbing dan Kampung Subok Tahun 1436H/2015M.

Mengalu-alukan tetamu kehormat majlis serta datin ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ketua Kampung Belimbing, Yang Berhormat Haji Gapor @ Haji Md Daud bin Karim.

Acara tahunan Majlis Perundingan Kampung Belimbing itu merupakan antara usaha menyemarakkan lagi suasana Hari Raya Aidilfitri selain sebagai wadah mengeratkan silaturahim di kalangan penduduk kampung berkenaan.

Turut hadir ialah setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap KHEDN, Penasihat MPK Kampung Belimbing, Dato Paduka Haji Mohd Alimin bin Haji Abdul Wahab, Penghulu Mukim Kota Batu, Awang Naim bin Haji Kamis serta ketua-ketua kampung di Mukim Kota Batu.

Yang Dimuliakan Pehin bergambar ramai semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran MPK Kampung Belimbing kelmarin.
Yang Dimuliakan Pehin bergambar ramai semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran MPK Kampung Belimbing kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA