MPK Kampung Pandan C prihatin

MPK Kampung Pandan C prihatin

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 8 Jun – Rombongan daripada Majlis Perundingan Kampung (MPK)Pandan C, hari ini, telah me-ngunjungi  rumah salah seorang penduduk kampung tersebut sebagai inisiatif memeduli penduduk kampung yang memerlukan bantuan terutamanya dalam bulan Ramadan ini

Sumbangan berupa keperluan asasi itu telah disampaikan oleh Ketua Kampung Pandan C, Haji Affandy bin Haji Awang Damit kepada Dayang Timah binti Masron.

Dayang Timah, 62, yang merupakan ibu kepada tiga orang anak menghidap beberapa penyakit iaitu penyakit kencing manis, darah tinggi dan paru-paru berkuman, malah pernah menjalani pembedahan di bahagian buku lali kakinya beberapa tahun lalu.

Haji Affandy menyampaikan sumbangan kepada Dayang Timah yang merupakan salah seorang penduduk kampung tersebut yang memerlukan bantuan.
Haji Affandy menyampaikan sumbangan kepada Dayang Timah yang merupakan salah seorang penduduk kampung tersebut yang memerlukan bantuan.

Beliau yang merupakan pesara guru berkata, beliau menghadapi kesukaran untuk mencari pendapatan sampingan bagi menyara tiga orang anaknya yang belum bekerja tetap ekoran daripada penyakitnya.

Manakala itu, anak bongsu lelakinya terpaksa berhenti sekolah kerana perlu menjaga beliau.

Sementara itu, Haji Affandy pula memberitahu bahawa dengan adanya sumbangan tersebut, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga berkenaan serta dapat menunaikan ibadah puasa dengan keadaan tenang dan sejahtera.

ARTIKEL YANG SAMA