MPK Labi meriahkan Syawal

MPK Labi meriahkan Syawal

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 3 Ogos – Semakin Syawal tiba ke penghujungnya, semakin banyak rumah, pejabat, persatuan atau syarikat yang memeriahkan bulan suci ini, tidak terkecuali Majlis Perundingan Kampung Labi II, di sini.

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Majlis Perundingan Kampung Labi II itu berlangsung di Dewan Serba Guna Kampung Rampayuh Labi, dihadiri oleh Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Othman selaku tetamu kehormat.

Turut hadir ialah Penasihat MPK kampung itu, Yang Dimuliakan Pehin Dato Paduka Raja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Shari bin Ahmad.

Tetamu kehormat dan orang ramai dialu-alukan oleh Ketua Kampung Labi II, Haji Matussin bin Mat Zain.

Sumbangan derma kepada anak-anak yatim, fakir miskin dan OKU telah disampaikan oleh Haji Haris.
Sumbangan derma kepada anak-anak yatim, fakir miskin dan OKU telah disampaikan oleh Haji Haris.
Haji Haris ketika bergambar ramai bersama para hadirin yang lain di Majlis Ramah Mesra Hari Raya Kampung Labi.
Haji Haris ketika bergambar ramai bersama para hadirin yang lain di Majlis Ramah Mesra Hari Raya Kampung Labi.
Persembahan nyanyian dan tarian daripada penduduk kampung dan ahli-ahli MPK kampung itu menceriakan lagi suasana sambutan Hari Raya MPK Labi II.
Persembahan nyanyian dan tarian daripada penduduk kampung dan ahli-ahli MPK kampung itu menceriakan lagi suasana sambutan Hari Raya MPK Labi II.

Majlis diserikan dengan pelbagai persembahan nyanyian dan tarian oleh penduduk kampung dan ahli MPK, sambil orang ramai menikmati beraneka juadah termasuk kuih-muih tradisional dan moden. Anak-anak yatim, orang-orang kurang upaya (OKU) dan fakir miskin tidak dilupakan apabila mereka menerima sumbangan derma yang disempurnakan penyampaiannya oleh tetamu kehormat.

Ramah mesra Aidilfitri itu merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan MPK Kampung Labi II, bertujuan menyemai rasa muhibah dalam kalangan penduduk dan masyarakat sekitarnya.