MPK Lorong Sekuna adakan sambutan Maulidur Rasul

MPK Lorong Sekuna adakan sambutan Maulidur Rasul

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lorong Sekuna, hari ini, telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1437H/2016M di rumah ketua kampung berkenaan, Haji Ahmad bin Haji Bujang.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Dr. Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Juga hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim serta para pegawai dari jabatan tersebut.

Haji Ahmad selaku pengerusi sambutan itu dalam ucapannya menyampaikan penghargaan kepada guru dan murid Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Besar dan Sekolah Rendah Pengiran Anak Puteri Besar, Kampung Peramu, Sekolah Ugama Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Kampung Saba dan Sekolah Rendah Kampung Saba kerana telah ikut serta menjayakan sambutan Maulidur Rasul itu.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada majlis berkenaan.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada majlis berkenaan.
Haji Abdul Amin ketika menyampaikan ceramah Maulidur Rasul pada majlis tersebut.
Haji Abdul Amin ketika menyampaikan ceramah Maulidur Rasul pada majlis tersebut.

Ini kerana, menurut beliau, penyertaan mereka telah mencerminkan komitmen, kerjasama dan perpaduan yang erat dan berkebajikan bersama-sama penduduk kampung dalam melaksanakan acara-acara kebesaran Islam di peringkat akar umbi.

Majlis tersebut disusuli dengan ceramah khas Maulidur Rasul yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah, Haji Abdul Amin bin Haji Mohd Yassin.

Kemuncak acara sambutan itu ialah perarakan yang diketuai oleh tetamu kehormat mengelilingi Kampung Lorong Sekuna, Skim Perintis Perumahan Kampung Ayer melintasi Kampung Pekilung Muara dan Kampung Peramu serta Kampung Saba.

ARTIKEL YANG SAMA