MPK Lupak Luas, Tarap Bau adakan majlis arwah sekampung

MPK Lupak Luas, Tarap Bau adakan majlis arwah sekampung

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lupak Luas dan Tarap Bau, baru-baru ini, telah mengadakan majlis tahlil dan doa arwah sekampung yang berlangsung di halaman kediaman ketua kampung Lupak Luas dan Tarap Bau di Mukim Lumapas.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Timbalan Pengerusi MPK Lupak Luas dan Tarap Bau, Dr Haji Yusof bin Haji Ladi dan diikuti dengan bacaan tahlil yang dipimpin oleh Timbalan setiausaha MPK Lupak Luas dan Tarap Bau, Haji Ahad bin Haji Juna.

Pada majlis itu, Ketua Kampung Lupak Luas dan Tarap Bau, Haji Suhaili bin Haji Moktar berkesempatan untuk membuat pengumuman mengenai penerima anugerah warga tua yang mencapai usia 87 tahun ke atas bagi kampung berkenaan.

Dua orang penerima dicalonkan iaitu Haji Ahmad bin Sahat dan Hajah Besar @ Hajah Fatimah binti Haji Tengah yang mana kedua-duanya menerima wang tunai yang disampaikan oleh Penasihat MPK Lupak Luas dan Tarap Bau, Haji Matnor bin Haji Mohd Salleh.

Suasana dan antara yang hadir ke majlis itu baru-baru ini.
Suasana dan antara yang hadir ke majlis itu baru-baru ini.

ARTIKEL YANG SAMA