MPK Manggis tinjau 1K1P Daerah Tutong

MPK Manggis tinjau 1K1P Daerah Tutong

Oleh Yusrin Junaidi

 

TUTONG – 5 Jun – Seramai 20 ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Manggis telah mengadakan lawatan ke Daerah Tutong bagi meninjau produk-produk Satu Kampung Satu Produk (1K1P) di daerah ini, hari ini.

Rombongan yang diketuai Penasihat MPK Manggis, Dato Paduka Haji Mohamad Yusof bin Haji Mohamad Hassan telah dialu-alukan oleh Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Muhammad Ali.

Semasa lawatan itu, rombongan telah didedahkan mengenai produk-produk 1K1P daerah ini, kemudian turut dibawa ke Galeri Mandian Puteri, MPK Tanjong Maya, dan diberikan taklimat mengenai kaedah pembuatan minyak kelapa dara.

Ahli-ahli MPK Manggis seterusnya dibawa ke kediaman pegawai Daerah Tutong untuk menikmati jamuan tengah hari, sementara ahli rombongan lelaki pula dibawa ke Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel di Kampung Kiudang untuk menunaikan solat fardu Jumaat.

Ahli MPK Manggis ketika melihat cara-cara membuat kuih penyaram.
Ahli MPK Manggis ketika melihat cara-cara membuat kuih penyaram.

Sesi petangnya, rombongan dibawa melawat ke MPK Kiudang, tempat pemprosesan teh herba dengan tunjuk ajar mengenai aktiviti pemprosesan dan sesi demonstrasi pembuatan teh tersebut.

Lawatan ini juga tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan kedua-dua MPK di daerah ini yang dikunjungi.

ARTIKEL YANG SAMA