MPK Mengkubau adakan jualan but kereta

MPK Mengkubau adakan jualan but kereta

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Biro Ekonomi Majlis Perundingan Kampung Panchor Mengkubau telah mengadakan jualan but kereta, hari ini di kawasan lapang di Mengkubau.

Seramai 35 orang peniaga kecil memenuhi petak jualan bertujuan menambahkan pendapatan mereka. Antara barangan yang dijual termasuklah pakaian, kasut baru dan juga terpakai selain daripada barang-barang aksesori, makanan dan minuman.

Kelihatan petak jualan daripada peniaga-peniaga kecil yang menjual barangan seperti baju dan kasut.
Kelihatan petak jualan daripada peniaga-peniaga kecil yang menjual barangan seperti baju dan kasut.

ARTIKEL YANG SAMA