MPK RPN Kg Panchor prihatin

MPK RPN Kg Panchor prihatin

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Julai – Kesejahteraan serta kebajikan warga kampung sentiasa mendapat perhatian Majlis Perundingan Kampung (MPK) RPN Kampung Panchor Mengkubau terutama golongan yang kurang bernasib baik seperti orang berkeperluan khas (OBK) dan anak-anak yatim.

Ini dapat dilihat apabila Jawatankuasa MPK RPN Kampung Panchor Mengkubau, hari ini, menyampaikan sumbangan derma barangan asasi kepada seorang warga kampung yang dikategorikan OBK, Pengiran Haji Mohd Safiudin bin Pengiran Zainal yang tinggal di Jalan Bukit Sinadur.

Pada majlis tersebut, Pengiran Haji Mohd Safiudin juga menerima sebuah kerusi roda yang disumbangkan oleh Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM).

Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi MPK RPN Kampung Panchor Mengkubau, Haji Hairul Azri bin Haji Salamat, manakala penyampaian kerusi roda disempurnakan oleh wakil MKM kepada Haji Hairul Azri yang kemudian menyerahkannya kepada penerima.

Sumbangan barangan asasi dan lain-lain barangan dihulurkan oleh penduduk RPN Kampung Panchor Mengkubau. Dengan sumbangan yang dihulurkan itu, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban beliau dan keluarga, lebih-lebih lagi dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang.

Wakil MKM menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada Haji Hairul Azri.
Wakil MKM menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada Haji Hairul Azri.

ARTIKEL YANG SAMA