MPK RPN Meragang aktif amalkan kempen kebersihan

MPK RPN Meragang aktif amalkan kempen kebersihan

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Bagi meningkatkan kesedaran dan menjaga kebersihan di kawasan kampung, penduduk Rumah Perpindahan Negara (RPN) Kampung Meragang telah mengadakan Kempen Kebersihan secara bergotong-royong di sekitar kawasan RPN Kampung Meragang, baru-baru ini.

Kempen kebersihan tersebut melibatkan kawasan Jalan Utama Kawasan Peranginan Meragang dan sekitar kawasan RPN Kampung Meragang.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Meragang, Haji Merali bin Haji Ahmad.

Sebelum mengadakan aktiviti bergotong-royong, beberapa orang penduduk Kampung Meragang dan ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) RPN Meragang berkumpul di rumah Ahli Jawatankuasa MPK RPN Meragang, Ketua Biro Keselamatan, Awang Mohd Hadi Muslim bin Abdullah sambil menikmati sarapan pagi dan seterusnya mengadakan majlis doa Selamat.

Penduduk kampung yang aktif melakukan kempen kebersihan.
Penduduk kampung yang aktif melakukan kempen kebersihan.
Antara penduduk dan MPK RPN Kampung Meragang yang menyertai kempen kebersihan dan aktiviti bergotong-royong.
Antara penduduk dan MPK RPN Kampung Meragang yang menyertai kempen kebersihan dan aktiviti bergotong-royong.

Menurut salah seorang penduduk RPN Meragang yang menyertai aktiviti tersebut, aktiviti bergotong-royong ini diharap akan diteruskan dari semasa ke semasa yang mana secara tidak langsung dapat meringankan beban pihak Kerajaan dalam memastikan kebersihan alam sekitar.

Aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan kekeluargaan di kalangan penduduk RPN Kampung Meragang selain menggalakkan masyarakat dan penduduk RPN Meragang untuk sentiasa mengamalkan kebersihan kawasan persekitaran kampung.

ARTIKEL YANG SAMA