MPK Sengkarai adakan perjumpaan

Oleh H M Yusof

 

TUTONG, 12 Jan – Satu majlis Perjumpaan antara Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sengkarai dengan ibu bapa bagi Pasukan Bola Sepak Sengkarai Bawah 16 Tahun (B-16), telah diadakan bertempat di balai raya kampung tersebut pada hari ini.

Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Ketua Kampung Sengkarai yang juga selaku Pemangku Penghulu Mukim Pekan Tutong, Haji Momin bin Abdul Razak dan beberapa ahli Jawatankuasa MPK Kampung Sengkarai.

Sementara itu, turut hadir ialah wakil penaja bagi pasukan bola sepak berkenaan iaitu Syarikat Yasmin serta lebih kurang 45 orang terdiri daripada para pemain, ibu bapa atau penjaga dan AJK Pasukan Bola Sepak Sengkarai B-16.

Pengenalan bagi pasukan tersebut telah disampaikan oleh Jurulatih Pasukan Bola Sepak Sengkarai B-16, Awang Sapol Rizal. Sesi soal jawab juga diadakan di akhir majlis tersebut.

Semasa sesi soal jawab yang diadakan dalam majlis berkenaan.