MPK Sengkurong raikan anak yatim

MPK Sengkurong raikan anak yatim

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Seramai 52 anak yatim Kampung Sengkurong B hari ini diraikan di majlis penyampaian sumbangan derma anak-anak yatim sempena bulan Ramadhan 1436H/2015M yang berlangsung di rumah kediaman Penghulu Mukim Sengkurong, Haji Musa bin Haji Tahir.

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Dato Seri Setia Haji Yusoff bin Haji Ismail yang merupakan penasihat Majlis perundingan kampung berkenaan.

Menurut Kenyataan penganjur, setiap anak yatim menerima BND261 dan dana ini merupakan sumbangan derma ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung Sengkurong B serta keluarga, pihak persendirian dan penduduk-penduduk kampung Sengkurong B.

Majlis itu turut diselaraskan dengan acara membaca surah Yasin, tahlil dan doa arwah yang kemudiannya disusuli acara berbuka puasa sebelum disimpul dengan solat fardu Maghrib berjemaah.

Dato Seri Setia Haji Yusoff menyampaikan derma kepada anak-anak yatim yang diraikan.
Dato Seri Setia Haji Yusoff menyampaikan derma kepada anak-anak yatim yang diraikan.

Ia merupakan salah satu aktiviti tahunan MPK untuk sama-sama memberikan perhatian kepada anak-anak yatim dan menyemarakkan lagi suasana Ramadan Al-Karim dengan cara keagamaan dan berkebajikan.

ARTIKEL YANG SAMA