MPK STKRJ Lorong Tiga Seria eratkan silaturahim

MPK STKRJ Lorong Tiga Seria eratkan silaturahim

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 16 Jun – Majlis Perundingan Kampung (MPK) STKRJ Lorong Tiga Seria, hari ini, telah mengadakan Majlis Doa Selamat yang diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim yang berlangsung di Dewan Pejabat Daerah di sini, hari ini.

Di majlis itu, seramai 17 orang anak yatim, enam keluarga daif dan keluarga ahli jawantakuasa MPK yang telah meninggal dunia menerima sumbangan berupa barangan keperluan menjelang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Penyampaian sumbangan berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Kampung STKRJ Lorong Tiga Selatan Seria, Haji Saidin bin Haji Ibrahim.

Turut menghulurkan sumbangan secara peribadi pada majlis tersebut ialah dua orang ahli perniagaan Mukim Seria, iaitu Awang Wong Mng Ching dan Awang Koo Kong Loi, dengan hasrat untuk turut terlibat dalam menyumbangkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan di mukim berkenaan.

Haji Saidin menyampaikan sumbangan kepada para penerima di majlis itu.
Haji Saidin menyampaikan sumbangan kepada para penerima di majlis itu.

Majlis tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan MPK STKRJ Lorong Tiga Selatan, yang antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan siratulrahim antara ahli-ahli jawatankuasa MPK dan penduduk kampung.