MPK Sungai Akar adakan mesyuarat pertama

MPK Sungai Akar adakan mesyuarat pertama

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jun – Majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampung, Penyampaian Derma Anak-anak Yatim, Warga Intan berumur 75 tahun ke atas, Derma Kebajikan kepada orang-orang yang kurang upaya dan balu-balu bagi Kampung Sungai Akar 1436H/2015 adalah antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Pertama Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sungai Akar malam tadi.

Mempengerusikan mesyuarat yang diadakan di Restoran Pujangga, Kampung Sungai Akar berkenaan ialah Ketua Kampung Sungai Akar, Haji Ramlee bin Haji Mohd Zain selaku Pengerusi MPK Sungai Akar.

Beberapa agenda telah dibincangkan dan diberikan perhatian sewaktu mesyuarat berkenaan termasuk mengesahkan minit mesyuarat tahun lalu, penyata kewangan tahun lalu dan aktiviti masa terdekat anjuran MPK Sungai Akar iaitu Kempen Membersihkan Perkuburan Islam Menjelang Ramadan 1436H pada 12 Jun ini.

Membacakan agenda-agenda mesyuarat ialah Timbalan Pengerusi MPK Sungai Akar, Haji Abdul Hakim bin Haji Mohd Yassin.

Haji Ramlee (kiri) mempengerusikan Mesyuarat Pertama MPK Sungai Akar 2015 bersama AJK yang terlibat.
Haji Ramlee (kiri) mempengerusikan Mesyuarat Pertama MPK Sungai Akar 2015 bersama AJK yang terlibat.

ARTIKEL YANG SAMA