MPM Kota Batu, Kianggeh bertahlil di Kubah Makam Diraja

MPM Kota Batu, Kianggeh bertahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Ishan Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini, Majlis Perundingan Mukim (MPM) Kota Batu dan Mukim Kianggeh telah mengadakan Majlis Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran anak Damit di Kubah Makam Diraja, di ibu negara.

Hadir di majlis itu ialah Penasihat MPM Kota Batu, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman.

Turut hadir ialah penghulu Mukim Kota Batu dan Mukim Kianggeh, ketua-ketua kampung serta penduduk kampung di kedua-dua mukim berkenaan.

Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin turut hadir pada majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja.
Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin turut hadir pada majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja.

ARTIKEL YANG SAMA