MPM Seria rai sambutan TBC bersama masyarakat

MPM Seria rai sambutan TBC bersama masyarakat

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 28 Feb – Majlis Perundingan Mukim (MPM) Seria Sabtu lalu telah mengadakan sambutan Tahun Baru Cina (TBC) yang diserikan dengan persembahan nyanyian bersama masyarakat di Seria dan acara cabutan bertuah, bertempat di Dewan Kemasyarakatan Seria.

Acara makan malam tersebut dihadiri oleh 30 orang termasuk ahli-ahli jawatankuasa MPM Seria, Penghulu Mukim Seria, Haji Jamail bin Haji Linap, Naib Presiden MPM Seria, Awang Loo Soon Nin dan Ketua Kampung STKRJ Lorong Tiga Selatan, Haji Saidin bin Haji Ibrahim.

Dalam ucapan alu-aluan Awang Loo Soon Nin berkata majlis itu diadakan adalah sebagi penghargaan kepada ahli-ahli jawatankuasa dan juga mereka yang hadir ke acara tersebut dalam sama-sama memeriahkan perayaan sambutan Tahun Baru Cina kali ini.

Antara mereka yang hadir pada sambutan tersebut.
Antara mereka yang hadir pada sambutan tersebut.

Acara diteruskan lagi dengan pemberian sumbangan derma kepada lapan orang keluarga yang kurang berkemampuan, dimana kesemuanya adalah daripada penduduk-penduduk Mukim Seria.

Menurut Penghulu Mukim Seria, beliau memberitahu media bahawa sumbangan derma tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif ahli jawatankuasa MPM Seria bagi mengurangkan beban yang keluarga-keluarga tersebut hadapi dan juga membantu mereka dengan memberikan keperluan asas harian.

ARTIKEL YANG SAMA