MPM Sg Kebun anjur Majlis Tahlil

MPM Sg Kebun anjur Majlis Tahlil

Oleh Md Haslen

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Majlis Perundingan Mukim (MPM) Sungai Kebun dan kampung-kampung di bawahnya serta Persatuan Saudara Ku Kampung Setia baru-baru ini mengadakan Majlis Bertahlil dan Doa Arwah khusus bagi Ayahanda dan Bonda Baginda Sultan, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, kemudian diikuti dengan bacaan Tahlil yang dipimpin oleh Imam Masjid Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Haji Sabli bin Haji Salleh.

Hampir 50 orang menyertai majlis itu termasuk Penghulu Mukim Sungai Kebun, Pateh Dato Paduka Haji Masri bin Ismail, ketua-ketua kampung dan penduduk-penduduk di bawah Mukim Sungai Kebun.

Majlis Bertahlil itu merupakan aktiviti tahunan MPM Sungai Kebun.

Hampir 50 orang menyertai Majlis Tahlil MPM Sungai Kebun di Kubah Makam Diraja.
Hampir 50 orang menyertai Majlis Tahlil MPM Sungai Kebun di Kubah Makam Diraja.

ARTIKEL YANG SAMA