MPM Telisai l...

MPM Telisai lantik AJK baru

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 13 Feb – Majlis Perundingan Mukim (MPM) Telisai telah mengadakan mesyuarat pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) barunya bagi sesi 2017-2021 yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Kampung Bukit Beruang, kelmarin.

Majlis permesyuaratan tersebut dipengerusikan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Ramli bin Haji Lahit yang juga selaku Penghulu Mukim Telisai, Daerah Tutong.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Tutong, Haji Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain dan Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong, Haji Haizul Rizal bin Haji Yahya.

Semasa pemilihan itu, Pengerusi bagi AJK MPM Telisai telah disandang sendiri oleh Yang Berhormat Haji Ramli, manakala Timbalan Pengerusi Bersama dipegang oleh Ketua Kampung Bukit Beruang, Awang Ahmad bin Aman; Ketua Kampung Tumpuan Telisai, Haji Maidin bin Abdul Wahit dan Pemangku Ketua Kampung Danau, Haji Abdullah bin Haji Mohd Tahir.

AJK MPM Telisai sesi 2017-2021 bergambar ramai.
AJK MPM Telisai sesi 2017-2021 bergambar ramai.

Sementara itu, Haji Selamat bin Sauji memegang jawatan sebagai Setiausaha dan Penolongnya, Awang Zaini bin Haji Lahit. Manakala, jawatan Bendahari pula dipegang oleh Haji Aminuddin bin Abdul Karim.

Dengan pelantikan AJK baru MPM Telisai ini adalah untuk berbincang-bincang, bertukar fikiran serta berinteraksi dengan ahli-ahli lain yang berkaitan dengan hal ehwal mukim dan kampung di bawah Mukim Telisai, khususnya bagi kesejahteraan penduduk kampung di mukim tersebut.

Selain itu, ia juga akan dapat melihat dan memerhati secara lebih dekat lagi akan perkembangan, kemajuan, kesejahteraan dan aktiviti-aktiviti yang diungkayahkan di persekitaran kampung dan mukim khususnya kegiatan-kegiatan yang diusahakan oleh anak-anak kampung di Mukim Telisai.

ARTIKEL YANG SAMA