MPMA yakin eksport produk plastik catat pertumbuhan

MPMA yakin eksport produk plastik catat pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA) yakin dapat mencapai pertumbuhan dua angka dalam eksport produk plastik tahun ini dirangsang oleh permintaan terhadap produk elektrik dan elektronik (E&E), pembungkusan dan bahan pembinaan.

Naib Presidennya Datuk Raymond Chong Keong Sng berkata eksport produk plastik kekal tidak terjejas walaupun penurunan permintaan daripada industri automotif disebabkan kemerosotan pengeluaran kereta sebanyak 18 peratus dalam tempoh separuh pertama 2016.

Permintaan lemah industri automotif bagaimanapun diimbangi pertumbuhan sederhana E&E. – Bernama