MPMK Bokok anjur Walkaton Amal

MPMK Bokok anjur Walkaton Amal

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 5 Jun – Lebih 50 orang terdiri daripada ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) Bokok telah menyertai Walkaton Amal Projek Kutipan untuk Tabung Anak Yatim, Daerah Temburong.

Acara yang diadakan di perkarangan Masjid Kampung Belais, di sini, itu dihadiri oleh Penghulu Mukim Bokok, Haji Emran bin Haji Sabtu selaku tetamu kehormat.

Sebelum walkton dimulakan, surah Al Fatihah dibacakan beramai-ramai dan diikuti dengan senamrobik.

Tetamu kehormat kemudiannya melancarkan walkaton yang mengelilingi kawasan persekitaran Kampung Belais dan Buda Buda.

Haji Emran (kiri) bersama ahli MPMK dan para penduduk yang ikut serta walkaton amal.
Haji Emran (kiri) bersama ahli MPMK dan para penduduk yang ikut serta walkaton amal.

Salah seorang peserta yang mengikuti acara itu, mengatakan projek walkaton itu adalah salah satu usaha masyarakat di sesebuah kampung atau daerah untuk menyokong usaha Kementerian Kesihatan untuk mengamalkan gaya hidup sihat sambil beramal dengan mengadakan pelbagai aktiviti kempen dan kegiatan komuniti.

ARTIKEL YANG SAMA