mPOS penuhi keperluan perniagaan

mPOS penuhi keperluan perniagaan

SINGAPURA, 19 Jun (Bernama) – Penyelesaian titik jualan mudah alih (mPOS) baru yang dilancarkan hari ini akan mengubah telefon pintar dan tablet kepada terminal yang membolehkan peniaga menerima bayaran melalui kad kredit, debit dan prabayar daripada pelanggan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

mPOS dilancarkan oleh M1 Limited dengan kerjasama CIMB, MasterCard dan Wirecard. Penyelesaian mPOS dicipta bagi memenuhi keperluan perniagaan kecil berasaskan tunai, syarikat yang baru bermula dan perusahaan yang sentiasa sibuk seperti penjual berkenderaan dan kafe kecil, membolehkan mereka menawarkan kemudahan bayaran kad, menurut M1 dalam satu kenyataan.

mPOS menawarkan peniaga, faedah bayaran yang mudah, selamat dan dijamin untuk pelanggan mereka tanpa perlu membeli, mewujudkan dan menyelenggara terminal POS.

Ketua Pegawai Pembangunan Produk dan Penyelesaian Korporat M1, Willis Sim berkata kumpulan itu ingin membawa manfaat pembayaran kad untuk dinikmati oleh peruncit besar kepada peniaga kecil Singapura, serta perusahaan, peniaga dan penyedia perkhidmatan.

“Oleh yang demikian, kami bekerja dengan rakan kongsi CIMB, MasterCard, dan Wirecard, untuk membangunkan inovasi penyelesaian mPOS pasang dan pakai, kaedah paling mudah dan menguntungkan dari segi kos kepada peruncit, untuk menerima bayaran melalui kad pada bila-bila masa dan di mana sahaja,” katanya.

mPOS dilancarkan oleh M1 Limited dengan kerjasama CIMB, MasterCard dan Wirecard bagi memenuhi keperluan perniagaan kecil berasaskan tunai, syarikat yang baru bermula dan perusahaan yang sentiasa sibuk.
mPOS dilancarkan oleh M1 Limited dengan kerjasama CIMB, MasterCard dan Wirecard bagi memenuhi keperluan perniagaan kecil berasaskan tunai, syarikat yang baru bermula dan perusahaan yang sentiasa sibuk.

Ketua Negara CIMB Group Singapore dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank Singapore, Mak Lye Mun berkata: “kami berbangga menjadi bank yang memproses transaksi bayaran melalui kad kredit dan debit bagi pihak peniaga, menyokong M1 yang memiliki mPOS di seluruh negara dan menjadikan bayaran melalui kad lebih aktif, satu penyelesaian yang boleh digunapakai oleh pemilik perniagaan dan korporat di Singapura”.

Selain menawarkan bayaran mudah alih tanpa tunai yang mudah dan fleksibel, beliau berkata CIMB Bank berharap dapat membawa nilai yang lebih besar kepada perniagaan dengan penyelesaian perbankan holistik apabila mereka mendaftar untuk akaun CIMB.

Penyelesaian M1 mPOS yang dihubungkan kepada pelan data terkumpul mudah alih, dikenakan bayaran S$5.35 sebulan (termasuk GST), dan peniaga akan menerima pembaca kad secara percuma untuk mereka mula menerima bayaran melalui kad secara segera.

Ia tidak memerlukan komitmen transaksi bulanan yang minimum, dan peniaga akan menikmati kadar menarik untuk transaksi dan penyelesaian bayaran harian.

Peniaga yang berminat boleh memohon M1 mPOS secara online di www.m1.com.sg/mPOS.

ARTIKEL YANG SAMA