MPP Politeknik Brunei anjur lawatan persahabatan ke UiTM

MPP Politeknik Brunei anjur lawatan persahabatan ke UiTM

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Politeknik Brunei

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Brunei baru-baru ini telah berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia bagi membuat lawatan persahabatan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Rombongan yang dianggotai seramai 24 orang pelajar dan empat orang pensyarah Politeknik Brunei itu telah diketuai oleh Pengiran Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim.

Lawatan selama empat hari ini merupakan salah satu projek dan aktiviti yang telah diselaraskan oleh MPP Politeknik Brunei.

Rombongan MPP Politeknik Brunei semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebelum berlepas ke Kota Kinabalu.
Rombongan MPP Politeknik Brunei semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebelum berlepas ke Kota Kinabalu.

Program lawatan ini bertujuan bagi menjalinkan persahabatan antara MPP Politeknik Brunei bersama MPP UiTM cawangan Sabah, di samping membincangkan mengenai amalan terbaik dalam pengendalian persatuan khususnya persatuan MPP di institusi masing-masing.

Antara aktiviti sampingan yang dibuat sepanjang lawatan itu ialah seperti lawatan kampus, persembahan kebudayaan seperti tarian, lawatan ke Mari-Mari Cultural Village di mana para pelajar akan berpeluang melihat cara memasak menggunakan buluh, cara menyumpit dan berpeluang mempelajari tarian asli, serta lawatan ke Zoo Lok Kawi.

ARTIKEL YANG SAMA