MPT bakal sediakan kemudahan Internet tanpa wayar

MPT bakal sediakan kemudahan Internet tanpa wayar

TAWAU, 12 April (Bernama) – Penduduk Tawau bakal menikmati kemudahan Internet tanpa wayar secara percuma apabila kemudahan itu bakal dipasang di bangunan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dalam masa terdekat.

Presiden MPT Alijus Sipil berkata pegawai MPT akan mengadakan perbincangan dengan pihak Telekom Malaysia bagi memasang kemudahan itu di Bangunan MPT.

“Kadar penggunaan jalur lebar kita masih jauh ketinggalan berbanding dengan negara luar. Jika kita melawat negara luar seperti Korea, kita tidak menghadapi sebarang masalah Internet,” katanya ketika mewakili Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan merasmikan Seminar ICT Sektor Awam di sini hari ini.

Alijus berkata, selain bangunan MPT, Pasar Tanjung yang kini sedang diubah suai untuk dijadikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) juga akan dipasang dengan kemudahan Internet tanpa wayar.

Beliau berkata UTC kedua selepas Kota Kinabalu itu akan beroperasi menjelang Ogos ini dan dijangka dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada Oktober sempena pelancaran Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau.

ARTIKEL YANG SAMA