MPV V-Class ada kelas

MPV V-Class ada kelas

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Syarikat Jati Transport, selaku pengedar kenderaan jenama Mercedes-Benz di Brunei Darussalam, telah memperkenalkan kereta MPV V-Class yang mula dipamerkan di bilik pamerannya, di Gadong, bermula hari ini.

V-Class yang merupakan model kereta keluarga paling besar telah memberi makna baru kepada MPV, menetapkan tanda aras baru dalam segmennya dengan reka bentuknya dan pelbagai inovasi, sesuai bagi mereka yang inginkan keluasan pada masa yang sama dengan gaya dan keselesaan.

Pelanggan juga boleh memilih versi V-Class AVANTGARDE yang dilengkapi dengan pakej sport yang menampilkan reka bentuk lebih sportif.

V-Class baru ini dikuasakan dengan enjin turbo diesel empat silinder 2.1 liter dengan dua pengecasan turbo dua peringkat, yang mampu menjana 163 kuasa kuda dan 380 meter Newton, yang mana 20 meter Newton lebih tinggi berbanding model sebelumnya, namun pembakaran bahan apinya menurun kira-kira 2 liter.

Enjinnya membakar bahan api hanya 5.7 liter setiap 100 kilometer dan pengeluaran karbon dioksida sebanyak 149 gram setiap kilometer.

Mercedes-Benz V-Class yang baru diperkenalkan Jati Transport di bilik pamerannya di Gadong.
Mercedes-Benz V-Class yang baru diperkenalkan Jati Transport di bilik pamerannya di Gadong.
Papan pemuka utama bagi kemudahan pemanduan yang efisien.
Papan pemuka utama bagi kemudahan pemanduan yang efisien.

Kereta ini juga menampilkan pemanduan pintar sebagai ciri keselamatan dengan dilengkapi radar, kamera dan alat pengesan ultrasound seperti yang diperkenalkan dalam E-Class and S-Class yang baru di bawah nama ‘Mercedes-Benz Intelligent Drive’.

Antara ciri lain yang diketengahkan dalam model ini adalah aplikasi ‘Mercedes-Benz Touch’ yang diperkenalkan buat kali pertama dalam kereta Mercedes-Benz, yang membolehkan system maklumat dan hiburan COMAND Online dikawal dari mana-mana tempat duduk menerusi telefon pintar.

V-Class ini boleh memuatkan sembilan penumpang termasuk pemandu dan kerusi di sebelah belakangnya pula bolah diputar dengan hanya membuka dan memasangkannya ke arah bertentangan seperti yang dikehendaki pemiliknya.

Untuk keselesaan optimum, Mercedes melalui V-Class turut menampilkan sistem kawalan suhu automatik Thermotronic yang membolehkan pemandu memilih jenis pengudaraan yang sesuai dengan cuaca dan suasana.

ARTIKEL YANG SAMA