MQM nafi terima wang dari India

MQM nafi terima wang dari India

KARACHI, 25 Jun (AFP) – Sebuah parti politik utama Pakistan semalam menafikan dakwaan yang dibuat dalam laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC) bahawa ia telah menerima wang dan latihan ketenteraan dari India, musuh ketat Islamabad.

BBC yang memetik “sumber berwibawa Pakistan” mengatakan anggota-anggota Parti Pakistan, Parti Pergerakan Muttahida Qaumi (MQM) yang mempunyai pangkalan kuasanya di bandar selatan, Karachi, menerima latihan ketenteraan di kem-kem di utara dan timur laut India dalam tempoh 10 tahun lalu.

Parti itu dengan sekeras-kerasnya menafikan dakwaan tersebut. Dakwaan pakatan sulit dengan India, yang dianggap dengan penuh kecurigaan dan perseteruan oleh kebanyakan rakyat Pakistan, boleh menjadi yang begitu merosakkan.

“MQM menolak semua dakwaan dalam laporan BBC, dan adalah parti patriotik yang percaya dengan Pakistan yang stabil dan bersatu,” parti itu berkata dalam satu mesej di laman sesawangnya.

Jurucakap Kementerian Luar India, Vikas Swarup, juga menafikan dakwaan itu sebagai “tidak berasas sama sekali” dalam mesej yang dihantar di laman Twitter.

Laporan BBC itu mengatakan dalam temu bual rasmi dengan pihak berkuasa Britain para anggota MQM mengaku menerima bantuan.

ARTIKEL YANG SAMA