MSF: Dunia belum sedia tangani wabak

MSF: Dunia belum sedia tangani wabak

NEW YORK, 4 Jun (Reuters) – Sistem kesihatan sejagat tidak dapat menangani satu lagi wabak besar-besaran seperti letusan Ebola di Afrika Barat, menurut Medecins Sans Frontieres (MSF), sambil menggesa negara-negara kaya supaya mewujudkan rancangan respons yang diselaraskan dan ubat untuk memerangi penyakit yang diabaikan.

Respons lewat dan perlahan antarabangsa, ketiadaan kepimpinan mantap dan juga kekurangan rawatan dan vaksin adalah senario berulang dalam kebanyakan kecemasan kesihatan hari ini dan tidak unik kepada wabak Ebola, menurut badan amal perubatan itu.

“Jika wabak sejagat akan menyerang esok, masih tidak ada respons antarabangsa sumber memuaskan dan diselaraskan untuk dimulakan,” Joanne Liu, presiden antarabangsa Medecins Sans Frontieres (MSF) berkata dalam satu kenyataan semalam.

Wabak Ebola telah dikesan di Guinea lebih setahun lalu dan merebak ke Liberia dan Sierra Leone, mengakibatkan lebih 11,000 orang meninggal dunia.

Sementara itu Liberia baru-baru ini mengisytiharkan bebas daripada wabak Ebola, peningkatan kes baru di Guinea telah mencetuskan kebimbangan virus itu boleh merebak lagi.

pg16_150605_a

Untuk mengelak risiko kehilangan beribu-ribu lagi nyawa kepada kecemasan kesihatan baru, Liu menggesa para pemimpin pada mesyuarat G7 akan datang supaya mengambil tindakan untuk menutup “jurang dalam sistem kesihatan sejagat.”

Para pemimpin dunia dari Jerman, Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Kanada, Itali dan Jepun akan mengadakan pertemuan di Jerman minggu depan dan antara isu yang jangka dibincangkan ialah Ebola dan penyakit-penyakit terabai, menurut MSF.

Menurutnya, terlalu sedikit pembiayaan masuk ke dalam pemajuan ubat dan vaksin baru untuk penyakit terabai, atau yang mempunyai tentangan terbukti terhadap rawatan yang ada.

Dan lagi, kebanyakan ubat-ubat ini mempunyai harga yang terlalu tinggi, menurutnya.

“Berjuta-juta orang mengalami penyakit, yang mana tidak ada ubat atau pun vaksin berkesan, kerana ia bukanlah pasaran menguntungkan bagi industri farmaseutikal,” kata Philipp Frisch dari MSF.