MSF tuntut siasatan antarabangsa berkaitan serangan hospital

MSF tuntut siasatan antarabangsa berkaitan serangan hospital

KABUL, 7 Okt (AFP) – Badan kebajikan perubatan MSF menuntut siasatan antarabangsa hari ini berikutan serangan udara Amerika Syarikat (AS) ke atas sebuah hospital Afghanistan, selepas laporan mengatakan komander tertinggi NATO di sana merasakan pasukan khas Amerika mungkin telah melanggar peraturan perjanjian mereka.

Tiga siasatan berasingan – oleh tentera AS, NATO dan para pegawai Afghanistan – pada masa ini sedang dilaksanakan ke atas serangan berdarah pada Sabtu di bandar Kunduz, utara Afghan. Serangan pengeboman pada Sabtu itu telah mencetuskan kemarahan antarabangsa, dimarakkan lagi dengan laporan yang para pesakit telah terbakar rentung di katil mereka.