M’sia akan terus sokong inisiatif HoB

M’sia akan terus sokong inisiatif HoB

KUCHING, 4 Nov (Bernama) – Kerajaan Malaysia komited kepada inisiatif Heart of Borneo (HoB) dan akan terus menyokong Sabah dan Sarawak dalam pelaksanaan pelbagai projek di bawah inisiatif itu, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM34.46 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dan ke-10, dan akan terus menyokong program HoB di bawah Rancangan Malaysia Ke-11. “Kejayaan pelaksanaan aktiviti di bawah HoB menunjukkan dedikasi dan sokongan kedua-dua kerajaan negeri,” kata Wan Junaidi.