M’sia arah tarik balik sirap Paracetamol

M’sia arah tarik balik sirap Paracetamol

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia mengarahkan syarikat Royce Pharma Sdn Bhd menarik balik sirap Paracetamol 120mg/5ml di pasaran kerana didapati mengandungi alkohol.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian itu Datuk Eisah A Rahman berkata kementerian telah mengarahkan syarikat tersebut memanggil balik semua produk berkenaan di pasaran dan fasiliti yang terbabit.

Kementerian itu dalam surat tawaran telah menetapkan spesifikasi bahawa produk itu tidak sepatutnya mengandungi alkohol, dan syarikat itu dalam membuat tawaran ubat tersebut kepada kementerian itu telah tidak menyatakan pada label dan sisip bungkusan produk mereka mengenai kandungan alkohol, katanya dalam satu kenyataan di sini. – Bernama