M’sia, Australia masih ‘berharap’ MH370

M’sia, Australia masih ‘berharap’ MH370

KUALA LUMPUR, 8 Mac (AFP) – Malaysia dan Australia berkata mereka masih ‘berharap’ bagi menyelesaikan misteri penerbangan MH370 ketika ulang tahun ke-2 kehilangan pesawat itu jatuh hari ini tanpa dapat dikesan bagi keluarga yang terjejas.

Ulang tahun itu disambut di Malaysia dengan pengeluaran laporan oleh penyiasat terhad kes itu, begitu juga dengan masa berdiam diri dari parlimen negara itu. Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak berkata pihak berkuasa “masih komited untuk melakukan segalanya bagi menyelesaikan kehilangan misteri itu.”

“Operasi pencarian sekarang dijangka akan dilengkapkan lewat tahun ini, dan kami masih berharap bahawa MH370 akan ditemui,’ katanya dalam satu kenyataan. Jika pencarian di Lautan Hindi gagal, Malaysia, Australia dan China akan bermesyuarat bagi “menentukan cara,’ katanya.

Penerbangan Malaysia itu hilang pada 8 Mac, 2014 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 penumpang didalamnya. Pihak berkuasa percaya ia hilanf di pedalaman selatan Lautan Hindi, di mana ia jatuh. Negara negara yang terlibat dalam pencaian sudah menyatakan pencarian akan ditamatkan jika tiada satu pun dikesan di dasar laut di kawasan yang dilihat seperti zon terhempas.

Doa dan harapan bagi penumpang pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 sempena ulangtahun kedua kehilangan pesawat itu, semalam. – AFP
Doa dan harapan bagi penumpang pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 sempena ulangtahun kedua kehilangan pesawat itu, semalam. – AFP

Pencarian yang diketuai oleh Australia adalah terbesar dan termahal dalam sejarah itu diharapkan untuk menemukan kotak hitam Boeing 777. Tetapi tiada tapak terhempas ditemui dan imbasan berteknologi tinggi terhadap kawasan pencarian dijangka akan diselesaikan dalam masa beberapa bulan.

Keluarga terdekat, bergelut bagi pendedahan dalam tragedi itu, meminta untuk meneruskannya. Menteri Pengangkutan Australia, Darren Chester hari ini juga berkata tiga buah negara masih “berharap”.

“Menemukan pesawat itu akan memberikan jawapan kepada dunia, terutamanya keluarga mereka yang hilang, mengenai apa yang berlaku,’ katanya.

Dua serpihan baru telah ditemui baru – baru ini tetapi belum dapat disahkan ia dari MH370, dan apungan tidak membantu dalam menunjukkan tapak terhempas. Ulang tahun kedua juga adalah tarikh akhir bagi memfailkan tuntutan undang – undang ke atas penerbangan.

ARTIKEL YANG SAMA