M’sia benam Timor Leste 1-0

M’sia benam Timor Leste 1-0

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Ogos – Festival Bola Sepak Serantau Bawah 14 Tahun (B-14) AFC 2015 di sini yang masuk hari keduanya kelmarin menyaksikan empat perlawanan dilangsungkan.

Dari Kumpulan A menyaksikan pertembungan Timor Leste dengan Malaysia di Padang & Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) bermula jam 8:15 malam.

Ia merupakan perlawanan pertama buat Malaysia tetapi yang kedua buat Timor Leste, dengan perlawanan pertamanya menentang Myanmar pada 18 Ogos menyaksikannya membelasah Myanmar dengan jaringan 4-0.

Pada perlawanan malam tadi Malaysia berjaya menjinakkan Timor Leste dengan jaringan tipis 2-1. Malaysia membuka tirai jaringan perlawanan untuk mendahului 1-0 pada minit kesembilan menerusi rembatan Akmal Hakim bin Razali.

Timor Leste berjaya menyamakan kedudukan 1-1, pada minit ke-19 apabila Nivio Maro Angelo bijak menggunakan ruang membolosi gawang Malaysia.

Malaysia (biru) menentang Timor Leste dalam saingan Kumpulan A semalam.
Malaysia (biru) menentang Timor Leste dalam saingan Kumpulan A semalam.

Malaysia segera mengembalikan pendahuluan satu golnya selepas Muhammad Irfan Faiz bin Mohd Shaharudin meledakkan jaringan pada minit ke-22 untuk merubah kedudukan jaringan kepada 2-1.

Kedudukan 2-1 itu bukan hanya kekal sehingga separuh masa pertama tamat tetapi sehingga perlawanan selesai.

Perlawanan dalam Kumpulan A esok (Jumaat) akan menyaksikan Timor Leste menentang Filipina di Kompleks Sukan Berakas (KSB) dan Malaysia lawan Myanmar di Padang & Balapan, KSNHB, kedua-duanya bermula jam 9 pagi.

Pada sebelah malam pula, Filipina akan melayani Myanmar di KSB, manakala Brunei Darussalam akan menentang Malaysia di Padang & Balapan, KSNHB. – Hasrulraizan

ARTIKEL YANG SAMA