M’sia boleh jadi hab rantau analisis artifak ASEAN

M’sia boleh jadi hab rantau analisis artifak ASEAN

SUNGAI PETANI, 23 Mei (Bernama) – Malaysia boleh menjadi hab bagi menjalankan analisis terhadap artifak arkeologi di rantau ASEAN sekiranya ia memiliki sebuah makmal pentarikhan radiokarbon berkualiti tinggi.

Pensyarah Pengajian Arkeologi di Silpakorn University, Thailand, Dr. Pira Venunan berkata pembinaan makmal pentarikhan karbon bagi penyelidikan arkeologi merupakan pilihan yang berdaya maju bagi Malaysia. Salah satu monumen yang terdapat di Tapak Arkeologi Sungai Batu yang telah pun disahkan dibina pada 110 Masihi atau 1,900 tahun dahulu.