M’sia catat 1...

M’sia catat 14.79 juta tenaga buruh pada Disember 2016

PUTRAJAYA, 13 Feb – Bilangan tenaga buruh di Malaysia pada Disember 2016 adalah 14.79 juta, turun 0.3 peratus berban-ding 14.83 juta bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan.

Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, kadar penyertaan tenaga buruh pada Disember 2016 adalah 67.6 peratus, turun 0.1 mata peratus berbanding bulan sebelumnya.

Perbandingan tahun ke tahun pula menunjukkan kadar penyertaan tenaga buruh pada Disember 2016 turun 0.3 mata peratus berbanding Disember 2015, katanya.

Menurut jabatan itu, kadar pengangguran di negara ini pada Disember2016 adalah 3.5 peratus, naik 0.1 mata peratus berbanding bulan sebelumnya dan begitu juga perbandingan tahun ke tahun (Disember ke Disember) meningkat 0.1 mata peratus.

Jabatan itu berkata, maklumat itu diperolehi daripada Penyiasatan Tenaga Buruh (PTB) yang dilaksanakan untuk mengumpul maklumat berkaitan struktur dantaburan tenaga buruh, guna tenaga dan pengangguran di negara ini. – Bernama