M’sia catat pelaburan RM37.3b

M’sia catat pelaburan RM37.3b

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) – Malaysia mencatatkan pelaburan dilulus bernilai RM37.3 bilion dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan sektor asas semasa suku pertama 2016, melibatkan 1,271 projek yang akan mewujudkan 39,990 peluang pekerjaan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata Malaysia kekal sebagai lokasi pelaburan kompetitif bagi pelabur asing dengan pelaburan langsung asing meningkat kepada RM12.8 bilion dalam suku pertama tahun ini daripada RM10 bilion dalam tempoh yang sama 2015.

“Pelaburan domestik menerajui dengan RM24.5 bilion, atau 65.7 peratus, daripada jumlah pelaburan dilulus semasa suku tersebut,” katanya dalam satu kenyataan bersama oleh kementerian tersebut dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) di sini, hari ini.

Sektor perkhidmatan menarik pelaburan bernilai RM27.6 bilion daripada sejumlah 1,088 projek, mewujudkan 20,200 peluang pekerjaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (lima depan) meninjau model projek Bandar Malaysia di Kuala Lumpur, Malaysia, semalam. Malaysia mencatatkan pelaburan dilulus bernilai RM37.3 bilion dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan sektor asas semasa suku pertama 2016, melibatkan 1,271 projek yang akan mewujudkan 39,990 peluang pekerjaan. – Xinhua
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (lima depan) meninjau model projek Bandar Malaysia di Kuala Lumpur, Malaysia, semalam. Malaysia mencatatkan pelaburan dilulus bernilai RM37.3 bilion dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan sektor asas semasa suku pertama 2016, melibatkan 1,271 projek yang akan mewujudkan 39,990 peluang pekerjaan. – Xinhua

Manakala pelaburan dalam sektor pembuatan berjumlah RM8.9 bilion daripada 170 projek yang dijangka menjana kira-kira 19,650 peluang pekerjaan.

Malaysia terus mencatatkan pelaburan rendah dalam sektor asas yang berjumlah RM874.9 juta ekoran cabaran dalam harga minyak mentah global.

Mengenai prospek masa depan, Mustapa berkata, 2016 dijangka menjadi satu lagi tahun mencabar bagi negara ini.

“Kami percaya kami boleh menanganinya terutamanya dengan aliran masuk berterusan pelaburan asing ke dalam negara. Kami sudah pastinya akan menggandakan usaha untuk mencapai sasaran pelaburan negara,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA