M’sia catat Zika wanita hamil pertama

M’sia catat Zika wanita hamil pertama

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Malaysia hari ini melaporkan kes pertama seorang wanita hamil yang menghidapi Zika – seorang penduduk negara Malaysia yang bersempadan dengan Singapura, di mana pihak berkuasa mencatatkan 275 kes.

Wanita berusia 27 tahun di selatan negeri Johor itu merupakan kes ketiga yang dikesan di Malaysia, sejak kebimbangan wabak besar-besaran itu tercetus yang berpunca dari Singapura.

Wanita hamil yang dijangkiti boleh mengakibatkan kelahiran anak damit dengan mikrosefali, kecacatan otak yang luar biasa dan kepala anak yang dilahirkan menjadi kecil.

“Wanita itu mengandungkan anak pertama yang berusia tiga hingga empat bulan,” Menteri Kesihatan Malaysia S. Subramaniam berkata dalam satu kenyataan di laman Facebook kementerian.Malaysia Khamis lalu melaporkan kes pertama Zika, seorang wanita yang dipercayai telah dijangkiti virus tersebut semasa keberadaannya di Singapura. Pada hari Sabtu Malaysia melaporkan kes jangkitan tempatan pertama, seorang lelaki di negeri timur, Sabah.

Petugas Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan penyemburan atau ‘fogging’ bagi membasmi pembiakan nyamuk sebagai antara langkah mencegah merebaknya gejala demam denggi dan zika. Malaysia kelmarin telah melaporkan kes pertama seorang wanita hamil yang menghidapi Zika. – Bernama
Petugas Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan penyemburan atau ‘fogging’ bagi membasmi pembiakan nyamuk sebagai antara langkah mencegah merebaknya gejala demam denggi dan zika. Malaysia kelmarin telah melaporkan kes pertama seorang wanita hamil yang menghidapi Zika. – Bernama

Lelaki itu yang tidak mempunyai sejarah ke luar negara, menghidapi masalah kesihatan oleh faktor lain dan kemudian meninggal dunia akibat komplikasi jantung. Subramaniam berkata ia tidak jelas bagaimana wanita Malaysia yang mengandung dihidapi Zika, tetapi dia telah melawat Singapura enam bulan lalu dan suaminya kerap membuat lawatan ke bandar raya itu. Subramaniam berkata, pihak berkuasa telah memeriksa kawasan yang luas di sekitar rumahnya dan tempat-tempat lain.

Zika, yang disebarkan oleh nyamuk Aedes, telah dikesan di 67 negara dan wilayah termasuk yang teruk terjejas Brazil. Malaysia bergelut pada tahun-tahun kebelakangan ini untuk mengawal penularan demam denggi, yang juga berpunca daripada nyamuk Aedes. Ia telah meningkatkan pemeriksaan pelancong dari luar negara, terutamanya Singapura. Orang ramai digesa untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk seperti air bertakung.

Zika semakin meningkat di Singapura sejak awal September dengan pegawai-pegawai kesihatan mengemaskini jumlah kes kepada 275 pada hari Selasa, termasuk dua wanita hamil. – AFP