M’sia gesa Indonesia kaji semula aktiviti pembakaran

M’sia gesa Indonesia kaji semula aktiviti pembakaran

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) – Malaysia meminta Indonesia agar mengkaji semula undang-undang atau tradisi negara itu yang membenarkan pemilik tanah kecil melakukan aktiviti pembakaran terbuka.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata masalah jerebu rentas sempadan dapat diatasi jika tradisi Indonesia yang membenarkan pemilik tanah kecil untuk membersihkan tanah melalui kaedah pembakaran terbuka diberhentikan.

ARTIKEL YANG SAMA