M’sia hampir capai 30% penyertaan wanita bagi jawatan pengurusan kanan

M’sia hampir capai 30% penyertaan wanita bagi jawatan pengurusan kanan

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Malaysia hampir mencapai matlamatnya menyasarkan 30 peratus penyertaan wanita dalam jawatan pengurusan kanan dalam syarikat tersenarai, kata Bursa Malaysia Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Datuk Seri Tajuddin Atan dalam satu kenyataan hari ini berkata ketika ini terdapat kira-kira 26 peratus wanita dalam jawatan pengurusan kanan, termasuk CEO di syarikat tersenarai tempatan.

“Kita hampir mencapai sasaran negara iaitu 30 peratus penyertaan wanita dalam jawatan peringkat pembuat keputusan. Tidak ada alasan mengapa kita tidak boleh meningkatkan bilangan wanita dalam lembaga pengarah syarikat tersenarai.

“Kepelbagaian ini, bersama dengan pengalaman, kepakaran dan kemahiran yang sesuai akan meningkatkan keseluruhan keberkesanan syarikat,” katanya. Tajuddin berkata, sebagai inisiatif untuk memperkasakan wanita dalam syarikat tersenarai, Bursa Malaysia menganjurkan persidangan, ‘Empowering Women Series’, di sini, hari ini. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA