M’sia hantar 32 suspek penipuan ke China

M’sia hantar 32 suspek penipuan ke China

TAIPEI, 1 Mei (AFP) – Malaysia semalam menghantar pulang ke China 32 orang warga Taiwan yang disyaki terlibat dalam penipuan, menurut pihak berkuasa Taiwan yang mengakibatkan kerajaan pulau itu meradang sekali lagi dalam pertikaian terbaru diplomatik rentas selat.

Ia berlaku selepas Taipei menuduh Beijing ‘menculik’ warganegaranya dari Kenya awal bulan ini.

Penghantaran pulang itu dilihat oleh para pemerhati sebagai disasarkan ke atas Tsai ing-wen yang pro Beijing, yang akan dilantik secara rasmi sebagai presiden Taiwan pada 20 Mei.

“Kerajaan telah memfailkan bantahan serius dan menyesali perkembangan itu,” jurucakap pejabat presiden Charles Chen berkata tentang penghantaran semalam itu. Taiwan akan menghantar delegasi ke tanah besar China ‘secepat mungkin’, menurut Chen.

Tiga puluh dua orang tersangka itu tiba di bandar selatan China, Guangzhou malam semalam, lapor Agensi Berita Pusat Taiwan (CNA).

Suspek penipuan telekom China telah dibawa keluar dari pesawat dengan diiringi pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun di Guangzhou, ibu negeri selatan China, wilayah Guangdong, Sabtu lalu. – Xinhua
Suspek penipuan telekom China telah dibawa keluar dari pesawat dengan diiringi pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun di Guangzhou, ibu negeri selatan China, wilayah Guangdong, Sabtu lalu. – Xinhua

Mereka adalah sebahagian daripada kumpulan seramai 52 orang warga Taiwan yang ditahan oleh polis Malaysia bulan lalu ketika lima serbuan yang berkaitan penipuan telekom, yang juga membawa kepada penangkapan 65 orang warga China dan dua orang warga Malaysia.

Dua puluh orang warga Taiwan telah dihantar balik ke Taiwan dua minggu lalu, yang mana mereka pada awalnya dibebaskan.

Selepas rungutan dalam media kerajaan China yang melabel Taiwan ‘sarang penipuan’, 18 daripada mereka kemudian diberkas. Mereka pada masa ini dalam tahanan di Taiwan.

Persoalan timbul tentang nasib 32 orang lagi tersangka, dengan Taiwan berkata ia sedang berunding dengan Malaysia bagi penghantaran pulang mereka.

Kementerian Keadilan Taiwan berkata semalam ia telah membangkitkan kebimbangan itu dengan China Jumaat lalu selepas mendengar penghantaran pulang itu akan diteruskan.

Tetapi pihak China memaklumkan Taiwan semalam bahawa tersangka-sangka itu dihantar pulang ke tanah besar, menurut kementerian itu.

CNA melaporkan China telah menjemput para pegawai Taiwan supaya pergi ke China untuk bersama-sama menyiasat kes itu.

Taipei membidas Beijing sebelumnya pada April lalu kerana bersikap ‘kasar dan biadab’ berhubung penghantaran pulang 45 warganegaranya dari Kenya ke China yang mana mereka berdepan penyiasatan bagi penipuan.