M’sia kongsi pengalaman dengan Arab Saudi

M’sia kongsi pengalaman dengan Arab Saudi

RIYADH, 13 Okt – Malaysia sedia berkongsi pengalaman dan mencontohi Arab Saudi berkaitan pelaksanaan program deradikalisasi dalam usaha memerangi keganasan serta proses pemulihan terhadap golongan ekstremis, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata Malaysia boleh memanfaatkan pengalaman Arab Saudi dalam melaksanakan program deradikalisasi berikutan kedudukan negara itu berhampiran dengan negara-negara yang sering dikaitkan dengan keganasan dan militan. – Bernama