M’sia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara

M’sia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara

PUTRAJAYA, 18 Okt – Malaysia telah mengutuk pelancaran peluru berpandu jarak sederhana oleh Korea Utara baru-baru ini.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata pelancaran peluru berpandu pada Sabtu (15 Okt) merupakan satu lagi pencabulan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) secara terang-terang dan secara serius menggugat perjanjian perlucutan senjata nuklear dan pengawalan senjata nuklear global.

Menurut kenyataan itu, Malaysia menggesa Korea Utara menghentikan tindakannya melancarkan peluru berpandu balistik itu selanjutnya.

Malaysia juga menggesa Korea Utara mematuhi sepenuhnya resolusi Majlis Keselamatan PBB dalam usaha mewujudkan keamanan yang berkekalan di Semenanjung Korea dan mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Laporan menyebut Pyongyang pada Sabtu melancarkan ujianpeluru berpandu balistik Musa dan jarak sederhana.

Menurut laporan, para pegawai Amerika Syarikat dan Korea Selatan berkata pelancaran itu berakhir dengan kegagalan selepas projektil peluru berpandu itu meletup sejurus selepas dilancarkan. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA