M’sia lihat anak bulan Syawal 4 Julai

M’sia lihat anak bulan Syawal 4 Julai

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) – Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa telah ditetapkan pada petang Isnin, 4 Julai bersamaan 29 Ramadan 1437 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh bagi Hari Raya Puasa melalui radio dan televisyen,” menurut kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan tersebut, anak bulan Syawal akan dilihat di 29 lokasi di seluruh negara.

ARTIKEL YANG SAMA