M’sia manfaatkan pelaburan hartanah London

M’sia manfaatkan pelaburan hartanah London

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) – Malaysia merupakan antara negara yang memanfaatkan pasaran hartanah yang lumayan dan telus di London, United Kingdom.

“Peraturan British yang jelas memudahkan pelabur asing menjalankan urus niaga di United Kingdom,” kata Knight Frank LLP, perunding utama hartanah global bebas, menerusi satu kenyataan hari ini.

Antara urus niaga terbaharu membabitkan Malaysia ialah penjualan pejabat utama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja – One Sheldon Square – di Paddington kepada REIT UK British Land sebanyak £210 juta (RM1.14 bilion) dengan hasil 4.5 peratus.

Pada 2013, Kumpulan Wang Persaraan membeli bangunan pencakar langit yang direka bentuk oleh Richard Rogers, 88 Wood Street, daripada National Pension servis of Korea membabitkan £200 juta (RM927.11 juta), dengan hasil sebanyak 5.8 peratus.

Urus niaga lain termasuk pembelian sebuah bangunan kerajaan oleh Tabung Haji bernilai £205 juta (RM1.11 bilion).

Selain itu, rejim percukaian dan pajakan untuk tempoh yang panjang di United Kingdom memberikan pelabur persekitaran pelaburan yang lebih terjamin, katanya, sambil menambah bahawa pelabur dapat mengakses maklumat pasaran yang tepat mengenai aset tertentu.

London merupakan antara bandar terbesar dan paling dinamik di dunia, sekali gus menawarkan pelbagai peluang pelaburan.

Ia mempunyai keupayaan untuk berkembang dan mewujudkan subpasaran baharu, kata kenyataan itu.

ARTIKEL YANG SAMA