M’sia minta diplomat selesaikan tuntutan

M’sia minta diplomat selesaikan tuntutan

PUTRAJAYA, 7 Sept – Kementerian Luar mengarahkan seorang diplomat Malaysia yang berdepan tuntutan mahkamah di New York supaya menyelesaikan isu itu secara baik.

Menurut akhbar The New York Post, seorang diplomat Malaysia dan pasangannya disaman kerana didakwa memperlakukan pembantu rumah mereka warga Sri Lanka seumpama seorang hamba, dengan meminta dia bekerja lebih 15 jam sehari dengan bayaran tidak lebih daripada AS$1.71 (RM6.95) sejam – “apabila dia dibayar sekalipun”. – Bernama